Tadi timbang berat, sebab bak kata Sarah, kene jadikan penimbang as best friend.
Jadi, best friends saya semuanya adalah penimbang berat?
eh?
ni semua sebab misi nak kuruskan badan, eh bukan, sihatkan badan yang terlampau 'sihat' dah sekarang.
Buat perjanjian dengan Sarah siapa lagi kurus by 1 month dia dapat ganjaran.
Ganjaran apa?
Dah menang nanti, baru bagitau.
Boo~
So, sebab nak kurus sihat, and tak mau kene complain dengan ibu, along and mak-cik mak-cik Malaysia, saya kene gigihkan usaha.
Nak badan macam mana ye?
macam SNSD boleh?
So Nyeo Shi Dae (SNSD) |
tu rangka tu, mana isinya?
kalau macam tu...
nak Sistar lah, sebab ibu nak yang macam tu
(ni nak sihat ke, nak penuhkan kehendak manusia?)
SISTAR jagan tengok lama-lama |
saya tak nak macam SNSD/Sistar/After School yang ohsem,
tapi nak badan yang sihat
kira macam...
kalau pergi buat medical check-up,
doctor puji sebab kesihatan badan dalam tahap yang optimum
(padahal memang nak badan macam tu, cakap je la)
tapi, sihat macam mana kita pun, satu hari nanti akan menemui ajal jugak
cuma tak tahu dalam keadaan apa,
sihat/sakit
sebab tu la, kene sihatkan both rohani & jasmani
supaya sama-sama melengkapi untuk akhirat nanti
Insya-Allah
:)
Tips nak kurus?
Nanti dah berjaya, kita cerita ramai-ramai satu-satu
ni belum dapat hasil, sebok nak kongsi
Menang/kalah, tak kisah pun,
sebab nak observe setakat mana badan ni boleh menampung...
nanti, boleh jadi personal trainer ibu and ayah kat kampung
hehe
tapi, cuma satu boleh kongsi dengan yakin:
kene senam selalu and makan makanan yang sihat dalam kadar yang sikit tapi kerap
jangan ponteng makan lagi-lagi sarapan pagi kecuali puasa
tapi, puasa pun kene sahur kan?
tapi kalau bangun lambat sampai ke petang tu, breakfast amendenye
=.='
Berapa dah turun?
penimbang berat tu macam mirror-mirror on the wall,
suka frustkan we all
zzz~
No comments:
Post a Comment